Kenangan Tsunami

























































































Mutabaah Amal

Dalam usaha membentuk jiwa menjadi jiwa yang Rabbani, jiwa yg sentiasa merasa terikat dgn perintah dan larangan Allah umpama jiwa tentera yg terpilih oleh Salahuddin Al Aiyubi atau Muhammad al Fateh utk ke medan perang, salah satu kaedahnya adalah dgn banyak melakukan ibadah sunat kepada Allah, yg wajib almaklumlah tak boleh tinggal. Apakah ibadah khusus itu, antaranya dgn membaca mathurat pagi/petang, qiamullail, membaca quran dgn tadabbur, puasa sunat Isnin & Khamis, solat berjemaah, dakwah fardiah dan melakukan kerja-kerja dakwah. Diperingkat awal mungkin agak liat utk kita melakukannya namun kuatkan azam, lawan nafsu jahat sehinggalah amalan ini menjadi sebati atau budaya dlm hidup kita. Sebagai tool atau panduan utk mengukur pencapaian kita bolehlah kita menggunakan table namun jaga niat kita beribadah bukan kerana nak penuhi jadual nii tapi hanyasanya kerana Allah. Cth jadual :








Mengharap Anak jadi Pejuang Islam.










Bab pendidikan anak-anak memang suatu yg merisaukan semua ibubapa yg perihatin. Apa yg ingin ditulis adalah sebagai muhasabah atau peringatan thd diri penulis khususnya agar mengukuh iltizam mentarbiyyah anak kerana perjalanan anak penulis masih jauh, yg sulong baru nak bermula IPT. Sudah tentu doa dan harapan agar anak menjadi pejuang Islam sentiasa dipohon thd Allah swt, bagaimana corak anak nanti sentiasa menjadi cabaran dalam diri. Pendidikan anak-anak bermula dari awal iaitu sewaktu usia yg masih muda. Ramai yg menyedari perkara ini namun ramai yg alpa. Jauh di sudut hati ibubapa yg melibatkan diri dalam gerombolan dakwah mengharapkan anak-anak juga terlibat aktif dgn dakwah jika boleh lebih hebat dari mereka. Namun apa yg berlaku kita lihat dikalangan anak pejuang Islam ada yg diharapkan tidak berlaku. Apakah yg menjadi puncanya. Jika anak pendakwah tidak mengikut jejak ibubapanya apakah kita mudah menjadikan contoh anak Nabi Noh sebagai perbandingan sebagai alasan ianya ketentuan Ilahi sebelum kita sudah cuba membentuk mereka sebaik-baiknya. Bersambung.......

 
©2009 Bayangan Kalbu | by TNB