Doa isteri semasa bertunang

Isteri di Padang, Indonesia

Bersama Isteri Tercinta Di sebuah kedai kuih di Jeddah

Dah lama tak baca buku Pendidikan anak-anak dalam Islam karangan Abdullah Nasih Ulwan, buku pun dah berhabuk kat rak, teringin pulak nak baca. Aku cuma membaca bahan yg dipilih berdasarkan tajuk seperti "Mengingatkan anak terhadap tanggungjawab terhadap Islam" juga tajuk "Menanam semangat berjihad di dalam jiwa anak" sampai di mukasurat terakhir buku ini ternampak coretan doa/munajat isteri yg bertarikh 15/3/1989, kami bertunang dalam jan 1989 dan berkahwin 17/5/1990 dan dikurniakan putra pertama pada 30/3/1991. Di kongsikan coretan isteriku sebelum kami berkahwin lagi.

" Dikeheningan malam nan syahdu ini, aku merenung jauh ke hadapan.... Ya Allah, sesungguhnya aku insan kerdil, dapatkah aku memikul beban amanah Mu yg amat berat. Terbayang di ruang mata, cahaya mata yg akan lahir kelak, dapatkah aku menunaikan hak-hak mu wahai anak-anak ku. Teramat takut ku rasakan andai amanah ini tidak mampu ku tunaikan (NauzubilLah). Oleh itu ya Allah, janganlah Engkau kurniakan amanah ini selagi aku belum bersedia utk menunaikannya. Andaikata Engkau kurniakan juga (Engkau maha mengetahui atas segala-galanya), hanya kekuatan dan iltizam dari Mu ya Rabbi ku harapkan, agar dgn itu aku tidak menzalimi jiwa-jiwa suci yg bakal meneruskan tugas-tugas menegakkan kalimatul haq di bumi suci ini. "

Buat anak-anakku Hanzalah, Humairak, Huzaifah, Hanan, Muhammad Hanif dan Hani Tasnim, inilah doa Ummi kalian yg di lafazkan sewaktu Abi dan Ummi belum lagi hidup bersama. Begitu tinggi harapan beliau, janganlah kalian sia-siakan, jadilah anak soleh & solehah, berjaya di dunia dan akhirat, menjadi pejuang di jalan yg Haq, Amin.

Islamic Art Fiesta

Liputan Sinar Harian















Pembentang pertama Ust Kamarudin Kasim





Meja Urusetia







PA System - Remaja Membantu






Penyediaan Bahan Edaran






Bro Kamaruddin - IPSI






Ruang Pameran






Pakcik JIM sedia bhn edaran



Pertandingan mewarna


Quran & Sains- Dr Halim (USM)





Hadirin & Hadirat


YDP JIM, Peng HC, Dato' Amiruddin, Pengerusi YADIM Utara

Non Muslim also



Antara Hadiah Kuiz



Johan Mewarna - chinese child




Melawat pameran etc.








One Happy Family ?? & Nik Madihah




Keluarga yg bagaimana dikehendaki Islam bukan semata-mata mengikut tafsiran org ramai atau kehendak nafsu dsbnya.



Andaikata kita cuba menganalisa sama ada beradasarkan perbualan dan pergaulan harian kita dgn rakan dan masyarakat atau melalui pembacaan apakah pandangan majoriti terhadap matlamat keluarga yg hendak dicapai. Walaupun tanpa statistik yg tepat namun secara umum saya boleh katakan aspek material mendapat kedudukan utama. Sudah tentu kita akan suka andainya mempunyai kewangan yg kukuh guna utk menyenangkan keluarga kita, segala yg kita impikan tercapai, mempunyai rumah yg selesa, kereta yg bagus, time cuti boleh keluar melancong sama ada dalam atau luarnegara, anak-anak mesti berjaya akademik supaya mereka boleh hidup senang nanti. Apa yg ditekankan kpd anak-anak, ”kamu kena belajar pandai-pandai supaya kamu dapat kerja gaji tinggi utk hidup senang nanti..” Apakah kita nak mengatakan keinginan atau tujuan hidup sebegini salah atau ianya suatu kemestian yg perlu dicapai jika tidak matlamat kejayaan rumahtangga tidak tercapai? Apakah neraca yg akan kita gunakan utk menjawab persoalan ini, tanpa neraca Islam sudah barang tentu jawapannya YES 100 peratus namun jika neraca Islam digunakan jawapannya ianya tidak salah namun ianya bukan matlamat utama dalam kehidupan, ianya cuma keperluan atau alat yg boleh dimenafaatkan untuk menjana amal kebaikan menuju alam akhirat. Mindset atau goal setting dalam kehidupan ini adalah utk mendapat mardhatilLah atau keredhaan Allah.

Firman Allah, Surah AzZariat, Ayat 56:

56. dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.


So, sekiranya keredhaan Allah merupakan matlamat hakiki, pandai-pandailah kita mengemudi rumahtangga, mendidik anak supaya benar-benar memahami perkara ini.

Firman Allah, Al-Furqan: 74

74. dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya, dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang (mahu) bertaqwa.

Nik Madihah






Saya berpeluang mengikuti forum perkongsian kejayaan beliau yg dikendalikan oleh Ust Fauzan sementara Nik Madihah dan bapa beliau adalah ahli forum di SMK Paya Keladi anjuran Proton. Kehadiran beliau ke sekolah ini adalah kali pertama beliau menjejakkan kaki ke Pulau Pinang. Beliau sedang mengikuti kelas persediaan untuk ke Jordan dalam bidang fizik dan dihujung minggu memenuhi jadual siri perkongsian yg padat di merata pelusok Malaysia.

Saya terpana mendengar ucapan beliau, ternyata beliau bukan sahaja hebat dlm pelajaran malah berkemampuan berceramah dgn hebat, dengan penampilan bertudung labuh (sempurna tutup aurat), kata-katanya dikukuhkan dgn Quran & Hadis yg dituturkan umpama air yg mengalir laksana seorang Ustazah. Mendengar apa yg beliau ucapkan yg menjadikan motto hidupnya ”HablumminAllah” dan ” Hablumminannas” dan mencari ”mardhathilLah”. Beliau menjawab pelbagai soalan hadirin dgn jawapan yg cukup mantop dan apa yg dapat saya simpulkan beliau memiliki sifat pejuang Islam. Bagi beliau walaupun seronok dgn kejayaan ini namun ianya bukanlah apa sangat utk dibanggakan kerana matlamat sebenar adalah keredhaan Allah. Ketika ditanya oleh pelajar kenapa beliau ambik sampai 20 subject. Jawapannya, beliau bukan nak pecah rekod sebab sebelum ini telah ada yg dapat 21 A dan jauh sekali utk berbangga.....beliau nyatakan beberapa sebab, salah satu yg dapat saya kodkan ialah dia ingin memberi contoh (evident) yg live bukan setakat kata-kata bahawa kemiskinan hidup bukan bererti tidak boleh berjaya yg mana boleh memberi rangsangan kepada mereka yg senasib dgnnya. Orang Islam perlu berjaya dan cemerlang untuk membela maruah Islam yg kini diinayai di sana-sini. Mengenai kemiskinan beliau bolehlah baca buku beliau antaranya bagaimana beliau dgn bantuan ibunya menyalin kamus yg dipinjam kerana adik beliau memerlukan tapi tak mampu dibeli. Kesempitan hidup juga menyebabkan beliau menjadikan ibadah sunat berpuasa Isnin & Khamis sebagai rutin mingguan dalam hidupnya.

Seterusnya mendengar ucapan Nik Mohd Kamal (Pok Nik) iaitu ayah Nik Madihah menyerlahkan kehebatan anaknya adalah juga kerana kehebatan Pok Nik sendiri. Di penghujung program Pok Nik menyatakan kpd pelajar yg hadir ”anak-anak mahu tak ayah anak-anak jadi glamour macam Pok Nik, menumpang kejayaan anak, dijemput ke sana-sini macam PM.....”

Kesimpulan

Menjadikan matlamat hidup yg benar sebagaimana yg dikehendaki Allah adalah lebih mulia walaupun miskin dari segi hartabenda berbanding mereka yg menjadikan dunia dan kekayaan sebagai matlamat utama yg mana ianya menyimpang dari kehendak Allah.

Hidayah Center Kedah
























Ditubuhkan pada 07.07.2007






Rindu Bumi Anbiya'


 
©2009 Bayangan Kalbu | by TNB