Doa isteri semasa bertunang

Isteri di Padang, Indonesia

Bersama Isteri Tercinta Di sebuah kedai kuih di Jeddah

Dah lama tak baca buku Pendidikan anak-anak dalam Islam karangan Abdullah Nasih Ulwan, buku pun dah berhabuk kat rak, teringin pulak nak baca. Aku cuma membaca bahan yg dipilih berdasarkan tajuk seperti "Mengingatkan anak terhadap tanggungjawab terhadap Islam" juga tajuk "Menanam semangat berjihad di dalam jiwa anak" sampai di mukasurat terakhir buku ini ternampak coretan doa/munajat isteri yg bertarikh 15/3/1989, kami bertunang dalam jan 1989 dan berkahwin 17/5/1990 dan dikurniakan putra pertama pada 30/3/1991. Di kongsikan coretan isteriku sebelum kami berkahwin lagi.

" Dikeheningan malam nan syahdu ini, aku merenung jauh ke hadapan.... Ya Allah, sesungguhnya aku insan kerdil, dapatkah aku memikul beban amanah Mu yg amat berat. Terbayang di ruang mata, cahaya mata yg akan lahir kelak, dapatkah aku menunaikan hak-hak mu wahai anak-anak ku. Teramat takut ku rasakan andai amanah ini tidak mampu ku tunaikan (NauzubilLah). Oleh itu ya Allah, janganlah Engkau kurniakan amanah ini selagi aku belum bersedia utk menunaikannya. Andaikata Engkau kurniakan juga (Engkau maha mengetahui atas segala-galanya), hanya kekuatan dan iltizam dari Mu ya Rabbi ku harapkan, agar dgn itu aku tidak menzalimi jiwa-jiwa suci yg bakal meneruskan tugas-tugas menegakkan kalimatul haq di bumi suci ini. "

Buat anak-anakku Hanzalah, Humairak, Huzaifah, Hanan, Muhammad Hanif dan Hani Tasnim, inilah doa Ummi kalian yg di lafazkan sewaktu Abi dan Ummi belum lagi hidup bersama. Begitu tinggi harapan beliau, janganlah kalian sia-siakan, jadilah anak soleh & solehah, berjaya di dunia dan akhirat, menjadi pejuang di jalan yg Haq, Amin.

0 comments:

Post a Comment

 
©2009 Bayangan Kalbu | by TNB