Mengharap Anak jadi Pejuang Islam.










Bab pendidikan anak-anak memang suatu yg merisaukan semua ibubapa yg perihatin. Apa yg ingin ditulis adalah sebagai muhasabah atau peringatan thd diri penulis khususnya agar mengukuh iltizam mentarbiyyah anak kerana perjalanan anak penulis masih jauh, yg sulong baru nak bermula IPT. Sudah tentu doa dan harapan agar anak menjadi pejuang Islam sentiasa dipohon thd Allah swt, bagaimana corak anak nanti sentiasa menjadi cabaran dalam diri. Pendidikan anak-anak bermula dari awal iaitu sewaktu usia yg masih muda. Ramai yg menyedari perkara ini namun ramai yg alpa. Jauh di sudut hati ibubapa yg melibatkan diri dalam gerombolan dakwah mengharapkan anak-anak juga terlibat aktif dgn dakwah jika boleh lebih hebat dari mereka. Namun apa yg berlaku kita lihat dikalangan anak pejuang Islam ada yg diharapkan tidak berlaku. Apakah yg menjadi puncanya. Jika anak pendakwah tidak mengikut jejak ibubapanya apakah kita mudah menjadikan contoh anak Nabi Noh sebagai perbandingan sebagai alasan ianya ketentuan Ilahi sebelum kita sudah cuba membentuk mereka sebaik-baiknya. Bersambung.......

0 comments:

Post a Comment

 
©2009 Bayangan Kalbu | by TNB