Forum Masyarakat Harmoni























































































































































Sabtu, 8 Ogos 2009 Bertempat di Hotel SP Inn Sungai Petani, satu Forum Masyarakat Harmoni yang bertemakan ”Keamanan dan Kebahagiaan Dari Pandangan Agama telah diadakan bermula jam 2.00 petang. Forum yang dianjurkan oleh Hidayah Centre, JIM dan PERKIM ini telah dirasmikan oleh Exco Negeri Kedah iaitu Dato’ Hj Mohamed Taulan b. Mat Rasul. Program ini telah dikendalikan dgn jayanya oleh Pengerusi majlis Cikgu Azhar Dun dan moderator forum Dr Hasbullah Ashari YDP JIM Kedah. Panel forum terdiri daripada Hj Kamarudin Abdullah Presiden IPSI, En M N Suranthiran Naidu Pengerusi Biro Pendidikan Hindu Sangam Negeri Kedah, En Dharma Wong Weng Hon Dharma Speaker of Malaysian Buddhist Association Kedah Branch dan En Francis Dass Ex Orde of Friars Minor Cap Catholic Church Kajang.
Disebabkan saiz dewan yg agak kecil juga forum antara agama merupakan program yg pertama kali pihak Hidayah Centre JIM Kedah kendalikan, kemungkinan juga pertama kali di Kedah maka penyertaannya tidak dihebahkan secara terbuka, sekadar jemputan yg dibuat secara khusus. Untuk jemputan kpd non muslim, ianya sekadar meminta panel menjemput ahli dan rakan mereka yg hanya mampu menarik seramai 23 orang hadir. Al Quran terjemahan bahasa Inggeris, buku Islam The Misunderstood Religion tulisan Dr Danial serta pamhlet mengenai Islam telah diberikan kepada non Muslim sebagai cenderahati. Keselurohan yg hadir adalah seramai 80 orang. Antara ahli politik yg turut hadir dan mengikuti forum ini sehingga sesi pembentangan ke empat-empat panel selesai adalah perasmi Dato’ Taulan, Senator Ir Zamri, YB Tan Chu Kang ADUN Sidam dan YB Manikumar ADUN Bukit Selambau.
Bagi memastikan objektif dakwah dan menghilangkan salah faham non-muslim terhadap Islam tercapai pemilihan panel bagi mewakili Islam bukan sekadar hujah yg mantap juga penyampaian yg hebat dan tugas ini telah dilakukan oleh Hj Kamarudin dgn cukup memuaskan. Panel pertama En Wong Weng Hong dari segi public speaker memang speaker yg baik namun pointnya lebih bersifat falsafah. Antara yg menarik katanya ajaran Buddha tidak boleh minum arak, Chinese yg menentang pengharaman arak mereka bukan buddhist. Beliau juga menyentuh sufism yg ditulis oleh Imam Ghazali, juga mengatakan mungkin ’One Malaysia’ cetusan dari ’Wahdatul wujud’. Panel kedua En Francis Dass dibantu oleh isteri beliau menceritakan asas juga perbezaan mazhab dalam Kristian. Panel ketiga En M N Suranthiran Naidu memulakan pembentangannya dgn sejarah Hindu, penyampaian beliau agak byk melebihi masa namun dibenarkan oleh Dr Hasbullah. Antara yg beliau sebut menurut analisis kimia terhadap bahan di Lembah Bujang di Merbok, usianya lebih tua (tak silap ana catitan tertinggal) 200 tahun berbanding dgn Angkor Wat. Soalan hanya dibenarkan dlm bentuk tulisan, byk soalan dikemukakan, masa ini Pengarah jemput ana utk bersama VIP minum so tak ikuti sangat. Semasa sesi penggulungan semua panel menyatakan forum ini suatu yg berjaya, Hj Kamarudin mengingatkan supaya mengkaji ajaran agama dari sumbernya yg sebenar dari kitabnya, khususnya utk Islam dari al Quran, jika berlaku salah faham rujuk terus pihak yg berautoriti dlm agama, jgn menggunakan akhbar tanpa menyebut nama Jeff Oii beliau juga menyentuh isu ini.
Secara keselurohan, nampak jelas pembentangan dari agama lain nampak bersifat falsafah dan masih tercari-cari namun dari pihak Islam ianya begitu jelas, mudah diterima dan berdasarkan wahyu. Semoga hadirin khususnya non-muslim mendapat hidayah atau sekurang-kurangnya tanggapan salah thd Islam dpt dibuang.






































































































































0 comments:

Post a Comment

 
©2009 Bayangan Kalbu | by TNB