Ziarah YADIM ke HC Kedah











Pada 13/9/2009 bermula jam 11 pagi pihak Hidayah Centre Kedah, Tmn Desa Meranti Sg Petani menerima kunjungan pihak YADIM Zon Utara yg diketuai oleh Pengarahnya Ust Zuhri. Wakil daripada YADIM terdiri daripada Ust. Zuhri Hj Husin, Hj. Azmi bin Mohamad, Lutfi Roslan dan Mohamad Hafizal Soleh. Sementara itu dari pihak HC yg hadir terdiri drp Pengarah HC Hj Abdul Rahman Kassim, Ahmad Tarmizi Yahaya, Fauzi Kesavan dan Ishak Hamid. Perjumpaan dimulakan dgn sessi taaruf, kemudian Hj Rahman menerangkan tentang objektif dan aktiviti HC. Seterusnya beliau juga membentangkan KPI yg telah dan akan dicapai.




Usai pembentangan Pengarah HC, Pengarah YADIM pula menerangkan perancangan mereka. Antara perancangan YADIM ialah menubuhkan Pusat Kaunseling dan cadangannya dibuat dibawah MAIM. Juga dirancangkan "eye-talk" iaitu ucapan umum mengenai Islam di tempat terbuka. YADIM mengharapkan dapat difikirkan ruang-ruang yg boleh kedua-dua pihak bekerjasama.




Perjumpaan diakhiri dgn pemberian/penerimaan cenderahari dari kedua-dua pihak juga sedikit sumbangan wang dari kakitangan YADIM kepada HC.




Kamera tak bawa so cuma guna handphone:




0 comments:

Post a Comment

 
©2009 Bayangan Kalbu | by TNB